12 March 2016

Beli Barang Di Luar Negara (Online)

Kadang-kadang barang kita minat takde jual kat sini atau pun harga kat sini mungkin mahal. Jadi kalau korang berani cuba la beli online (oversea).

Bulan lepas aku ada beli jam kat ebay dan aku dapat jimat lebih kurang RM400 - RM600 berbanding harga kat sini. Jam yang aku beli prosesnya agak mudah sebab terus jer sampai kat office aku.

Salah satu tips kalau nak beli barang online (oversea) ni, korang ke check dulu rekod penjual tu. Tengok pada feedback seller tu. Baca ulasan-ulasan yang buyer berikan. Cuba beli pada seller yang mempunyai rating yang perfect dan takde negative comments. Elakkan beli dari penjual yang menjual dengan harga murah tapi banyak negative comments.

Walaupun web e-commerce market place yang kita beli tu ada buyer protection, tapi proses yang kita kena lalui kalau nak minta refund atau open dispute kadang-kadang agak leceh dan makan masa. Itu pun kalau dapat.

Kalau web yang kita beli tu takde comment daripada buyer, cuba google dekat forum-forum yang berkaitan dengan barang yang korang beli.

Kalau seller tak boleh nak hantar ke sini barang yang kita nak, boleh guna forwarder yang boleh hantar barang ke sini.

Jadi ada banyak cara dan banyak pilihan kalau nak beli barang online (oversea), cuma kadang-kadang bergantung pada nasib.

Beli barang oversea (online) ni ada 3 nasib. Kalau nasib baik, barang yang dibeli tu sampai dan berkeadaan seperti yang diidamkan dan kalau nasib tak baik, barang yang dibeli kena cukai.

Cuma kali ni aku nak cerita barang yang aku beli dari German yang kena tahan Kastam KLIA.

Aku baru jer ambik barang yang aku beli dari fc-moto.de kat Pos Malaysia KLIA hari rabu lepas. Sebelum aku beli kat fc-moto.de ni, aku cuba google kat forum berkaitan contohnya advrider.com sebab dekat fc-moto.de takde comment daripada buyer.

Bila aku baca, ada juga orang yang tak berpuas hati dengan servis fc-moto.de ni tapi orang tetap beli juga sebab harganya agak murah. Barang yang aku beli ni agak murah sebab mereka nak clear model lama dan model baru dah keluar. Kebetulan saiz yang aku nak tu ada tapi warna yang aku nak takde. Tapi aku ambil juga warna lain sebab harga yang mereka tawarkan agak murah berbanding sini.

Masa aku beli, currency exchange RM4.63 per Euro dan jangan lupa tambah 1% - 2% currency conversion fee bila guna credit card sama ada MasterCard atau Visa. Kalau bayar melalui Paypal pastikan korang pilih credit card currency conversion rate sebab kalau guna Paypal currency conversion rate dia lebih tinggi.

Zaman GST ni, jangan lupa pula korang nak tambah kos 6% atas barang yang dibeli. Kena atau tak GST ni bergantung pada pegawai kastam yang periksa barang tu. Antara kriteria barang yang tak kena GST ni biasanya bungkusan kecil, harga di bawah USD150 @ RM500 atau pun barang yang ditanda 'Gift'.

Ada juga barang yang aku beli bernilai tinggi tapi tak kena GST sebab seller letak nilai barang hanya USD150. Risikonya kalau barang tu hilang, maksima nilai yang boleh dituntut hanya USD150 jer. Jadi fikirlah yang korang rasakan sesuai.

Nilai duti import (kalau kena) dan GST bukan berdasarkan harga barang jer tapi termasuk sekali dengan kos shipping. Nak tau barang tu kena duti import atau tak cuba check dekat web Kastam Malaysia atau boleh guna dutycalculator.com. Pilihan lain, cuba google pengalaman orang yang pernah beli kat forum atau yang sewaktu dengannya. Tak pun call terus Kastam.

Lagi satu bawa resit/invois urusniaga semasa nak ambil barang sebabnya masa korang beli bayar dengan harga diskaun tapi mungkin pada barangan adalah tag harga asal. Jadi kastam akan kenakan duti import / GST mengikut harga asal kalau korang tak bawa resit/invois masa ambil barang.

Bila kena tahan, Pos Malaysia akan bagi surat. Kat surat tu ada 3 pilihan:
1. Pergi ambil sendiri.
2. Wakilkan Pos Malaysia dengan caj.
3. Melantik wakil / agent.
Jadi nak tau punya pasal, aku pergi la ambil sendiri dekat Pos Malaysia sebelah bekas LCCT. Dalam tu ada pejabat kastam sekali.

Aku ringkaskan proses yang aku lalui:
1. Sampai gate kena daftar dan tinggalkan lesen. Pas keselamatan diberi.
2. Pergi kaunter 1 untuk semak barang yang nak diambil.
3. Pergi kaunter 2 untuk ambil barang. Pas keselamatan akan diambil.
4. Bawa barang yang ke kaunter 3 untuk pemeriksaan kastam.
5. Pergi balik kaunter 1 untuk isi borang PK1 (kalau tak silap). Staff pos yang isi.
6. Pergi balik kaunter 3 untuk pengesahan kastam.
7. Pergi kaunter 4 untuk bayaran.
8. Pergi balik kaunter 3 untuk pengesahan bayaran oleh kastam.
9. Pergi kaunter 2 untuk ambil balik pas keselamatan.
10. Pergi balik kaunter 3 untuk ambil barang dan selesai urusan.
11. Masa keluar gate pengawal akan semak barang yang dibawa sama dengan nombor dokumen.

Kalau korang rasa susah, boleh lantik Pos Malaysia dengan caj. Perbezaan masa aku masuk gate dengan keluar gate lebih kurang sejam. Itu pun dalam tu cuma ada 3 orang yang sama macam aku. Lagi ramai orang dalam tu lagi banyak masa yang diambil.

Berdasarkan pengalaman, barang aku ditahan berkemungkinan sebab barang yang aku import boleh dikenakan duti import bila Kastam rujuk invois yang ada pada pakej. Tapi masa aku buka untuk pemeriksaan kastam, barang aku tak dikenakan duti import, cuma GST jer tambah caj INBOIS PELEPASAN / PENGENDALIAN AGEN oleh Pos Malaysia sebanyak RM19.10.

Jadi sebelum beli barang online (oversea) pastikan buat kiraan harga barang termasuk kos sampingan berbanding harga jual kat sini. Ringkasannya Harga Barang beli online (oversea) =
1. Harga asal barang.
2. Kos penghantaran.
3. Duti import (kalau ada).
4. GST (kalau kena).
5. Kos Pos Malaysia.
6. Currency conversion fee.

Boleh rujuk sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal Kastam.

24 February 2016

Potong Tali Jam Seiko

Aku nak tunjukkan macam mana nak potong tali jam Seiko (remove links on Seiko watch band). Kalau nak potong tali jam selain Seiko aku tak tau. Jam yang aku nak potong adalah model SBDC033 atau pun orang panggil Blue Sumo. Jadi kalau korang ada jam Seiko Sumo, kaedahnya adalah sama kalau tali jam korang sama.

Senjata yang diperlukan: paperclip, pengetuk, kayu sebagai pelapik, kain dan yang paling penting adalah jam yang nak dipotong.

Kalau korang rasa jam tu kalis calar, tak payah pakai kain sebagai pelapik pun takpe. Kegunaan kayu tu biar senang masa nak ketuk pin pada tali jam tu. Cari paperclip yang saiznya kecik sikit daripada pin pada tali jam tu. Pastikan paperclip tu dipotong panjang sikit daripada kelebaran tali jam sebab senang nak tarik keluar kalau paperclip tu sangkut kat lubang pin tali jam.

Kedudukan kayu di bawah kain

Kedudukan nak mengetuk

Letakkan tali jam tu kat bawah kayu pelapik biar senang nak ketuk. Pastikan paperclip tu diletakkan pada anak panah bawah tali jam. Kalau korang ketuk dari arah berlawanan dengan anak panah, pin tu takkan keluar sampai bila-bila sebab pin tu tu direka untuk keluar satu arah jer. Sebabnya..

 Pin dan collar

Kat sini aku nak bagi terang yang kat dalam tu bukan hanya ada pin (besi panjang) saja, tapi ada juga collar (yang aku bulatkan warna merah). Kegunaan collar tu ada sebagai pengikat penghujung pin. Maknanya kalau collar tu hilang, pin tu tak boleh dipasang dengan sempurna. Pin tu pulak tak sama saiznya antara hujung dan pangkal. Jadi tu pasal aku kata tadi pin tu cuma boleh dikeluarkan dari satu arah jer.

 Collar pada paperclip

Bila pin tu dah diketuk keluar, pastikan hati-hati masa keluarkan paperclip sebab aku dah terkena ingatkan collar tu hilang. Rupanya collar tu ada pada paperclip.

Kedudukan collar pada tali jam

Kedudukan collar tu dalam tali jam adalah pada sisi yang ada anak panah. Jadi bila nak masukkan balik pin mesti dari arah berlawanan anak panah.

 Pin sebagai penahan

Masa nak pasang balik tali jam tu, mesti ada pin yang lebih (spare). Jadi pin yang lebih tu boleh dijadikan penahan pada collar masa nak masukkan ke tempat asalnya. Gunakan penghujung pin yang lebih besar sebagai penahan pada collar.