Dulu aku ada pernah pergi Pulau Besar ni tapi tak ingat la tahun bila. Masa tu pergi dengan keluarga. Kebetulan aku ada kerja di Pulau Besar. Masa sampai jeti dalam jam 10.00 pagi tak ramai orang ada kat sana. Oleh kerana kerja punya pasal, kos untuk bot telah di atur oleh rakan kerja kat sana. Kalau nak pergi sendiri, tengok harga kat bawah ni. Banyak juga pulau yang berhampiran kalau korang nak pergi. Kalau hari bekerja ni memang tak ramai orang ke sana. Kebanyakan orang yang pergi ke sana ada hajat yang tersendiri.
Masa aku pergi sekolah tengah cuti sebab jerebu. Jadi pemandangan tak lah berapa cantik sangat. Nampak putih jer. Kami tak turun kat jeti. Tapi turun terus kat tepi pantai yang berdekatan dengan Maahad Tahfiz.
Tengok juga talian bekalan elektrik yang sampai kat Pulau Besar ni. Masa sampai kat sini, kitorang jalan kaki ke tempat yang nak di tuju di hujung pulau. Penat la jugak sebab cuaca panas dan berjerubu. Dalam perjalanan kaki tu kitorang singgah minum di warung tokey chalet kat situ. Tak ingat apa nama chalet tu tapi yang dekat dengan pantai. Satu chalet lagi kat atas bukit dan jauh sikit dari pantai. Makcik tu kata chalet tu dah 30 tahun. Kalau tak silap harga chalet tu dalam RM 100 lebih. Itu pun ikut lokasi. Lagi dekat dengan pantai mahal la sikit.
Tapi masa jalan tepi pantai banyak juga kesan unggun api. Mungkin diorang ni berkhemah tidur kat pantai. Nampak juga ada orang khemah juga kat tepi pantai tu. Kat pulau tu ada juga muzium rupanya. Tapi tak tau muzium apa sebab masa kitorang lalu nampak diorang tengah sibuk repair.
Kalau ikut kata rakan kerja ni, ramai orang yang datang ke pulau ni membuat perkara yang menyalahi aqidah. Apa yang diorang buat aku pun tak tau. Cuma yang pasti ada kubur ulama atau wali kat situ. Jadi janganlah korang buat benda macam tu kalau nak ke sini.
Lebih kurang pukul 3 petang bot datang nak ambil kami balik ke tanah besar lepas kerja selesai. Korang kena call bot suruh datang jam berapa sebab mereka tak tunggu kat pulau. Perjalanan bot tu lebih kurang 15 minit jer.